Monday, 26 December 2016

Kampung Morten, Melaka

Salam. aku nak citer skit pasal aku pergi jalan - jalan dengan kawan serumah sewa aku pada 15.10.2016. Kteorang pergi Kampung Morten dekat Melaka. Kteorang pergi sana naik motor jer bagi kteorang saving skit. Tol x yah bayar, minyak jimat. kteroang pergi 8 biji motor. Kteorang gerak dari bangi lebih kurang pukul 12.30 tengah hari lepas kteorang makan. 



Isi minyak sebelum gerak
Petronas Seksyen 15, Bangi

Alhamdulillah, kteorang jalan tanpa ada sebarang masalah. Walaupun perjalanan kteorang dalam panas terik, haha, X bagi masalah kat kteorang pun. Memang seronok kalau konvoi motor ni, bukannya nak laju sangat pun. Biar lambat asal selamat. 







Lebih kurang pukul 2 petang, kteorang pun selamat sampai kat Kampung Morten. Memang cantik kawasan kampung tu. Kteorang terus pergi ke homestay yang kteorang nak sewa tu nak rehatkan badan sebab pukul 4 petang tu kteorang plan nak pergi makan lepastu jalan2 area Melaka.



Berdepan Homestay kteorang











Dalam pukul 4 petang kteorang pun siap2 pergi makan nasi lemak Kampung Morten. Bak kata orang memang x cukup kalau makan sepinggan. Memang x tipu, memang sedap nasi lemak kedai tu, Aku makan sampai 3 pinggan baru kenyang. hahahha.






hahha. memang terbaekk kedai nasi lemak ni

Lepas makan, kteorang terus pergi ke Pantai Klebang. Saja je nak pusing2 Melaka. Lepak2 tepi pantai, alang2 tu tangkap gambar sekali. Dekat Pantai Klebang tu memang ramai orang yang lepak kat tepi pantai. So cuci mata lah skali, haha















kteorang lepak kat pantai Klebang sampai Maghrib. lepastu kteorang balik homestay kteorang sebab malam nak keluar lagi. Malam minggu la katakan, hahahha. so kteorang sampai je homestay, kteorang rehat dulu sementara tunggu masa nak keluar. Dalam pukul 9 malam, kteorang siap2 nak keluar. kteorang pun x tau sebenarnya nak pegi mana malam tu. so kteorang plan cari tempat budak2 Melaka lepak macam kat Dataran KL. Bila da jumpa tu, kami pun mencari mangsa (test motor). Bagi kteorang budak2 Melaka x macam budak2 kat KL. 

So sampai sini je la aku nak cerita pasal aku g bercuti dengan budak rumah aku. In Sha Allah lepas ni pergi bercuti tempat lain pulak, hahahaha

Assalamualaikum